ISU POLITIK SEMASA LUAR NEGARA
Keadaan dunia hari ini cukup membimbangkan kita
sebagai rakyat Malaysia. Walaupun negara ini tidak dilanda krisis politik
seperti di luar negara, tetapi kita harus mengambil tindakan berjaga-jaga. Hari
ini isu seperti krisis peperangan di Syria, tindakan negara haram Israel ke atas bumi
Palestin, pendudukan tentera Amerika Syarikat di negara Afghanistan dan Iraq
adalah perkara yang berlaku di dunia ini.
Kemusnahan
dapat dilihat akibat masalah sebegini iaitu dari segi infrastruktur dan
manusia. Lebih malang lagi, krisis peperangan sebegini sedikit sebanyak memberi
kesan kepada psikologi rakyat sesebuah negara yang mengalaminya.
Antaranya
rakyat di sesebuah negara tidak dapat mengecapi keamanan yang sewajarnya.
Hak-hak mereka sebagai manusia dicerobohi dan dipertikaikan oleh pihak-pihak
yang melancarkan peperangan ini.
Selain
itu, krisis sebegini menjadikan rakyat tidak mempunyai peluang pekerjaan yang
baik. Masalah pengangguran akan berlaku akibat peluang pekerjaan amat tipis
disebabkan keadaan negara yang huru-hara.
Ekonomi
sesebuah negara tersebut juga akan terjejas.Ini kerana sebarang hubungan
perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain tidak dapat
dijalankan. Barang-barang utama untuk sesebuah negara tidak dapat disalurkan ke
dalam negara tersebut.
Justeru,
sesebuah negara yang mempunyai kekuatan dalam segala aspek hendaklah membantu
negara yang lemah bukan menindasnya.
(190 patah perkataan)
No comments:
Post a Comment