KERJAYA
Setiap
mahasiswa di universiti pastinya mengimpikan kerjaya yang baik selepas
menamatkan pengajian di bidang masing-masing. Bidang yang saya ambil di universiti
sekarang adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan. Saya melihat bidang
pengajian yang saya ambil sekarang cenderung untuk menjadi pengurus di bahagian
pembangunan.
Prospek
masa hadapan yang dapat saya lihat dari pekerjaan sebagai pengurus pembangunan
adalah seseorang mampu merancang sesuatu projek infrastruktur dan
perumahan. Pengurus di bahagian projek sebegini mampu memikirkan dan
bagaimana mahu menguruskan sesuatu projek tersebut berjalan dengan lancar.
Seterusnya,
seorang pengurus pembangunan mampu menyampaikan maklumat terbaru tentang sesuatu projek pembangunan. Ia mampu
disampaikan semasa diadakan seminar atau kursus tentang transformasi atau
pembangunan baru yang mahu dilakukan. Secara tidak langsung dengan turut
diadakan perbincangan secara ilmiah dengan peserta –peserta lain dalam sesuatu
seminar diadakan.
Selain
itu, kerjaya ini membolehkan seseorang tersebut boleh melawati negara luar. Ini
untuk mendedahkan seseorang pengurus tersebut kepada pembangunan negara lain.
Mereka mampu membawa ilmu dan pengalaman yang didapati untuk diaplikasikan
negara sendiri.
Oleh
itu, kerjaya ini menjanjikan peluang untuk pengurus pembangunan untuk menjadi
lebih berwibawa. Mereka mampu mempunyai visi dan misi yang jelas untuk
melakukan sesuatu projek dan menjamin pendapatan yang lumayan dan tinggi.
(190 patah perkataan)