PESTA KONVOKESYEN UUM KE-25
Saban
tahun, konvokesyen akan diadakan di setiap institusi pengajian tinggi untuk
meraikan kejayaan para mahasiswa selepas bertungkus-lumus di dalam pelajaran
masing-masing. Universiti Utara Malaysia juga turut tidak ketinggalan
mengadakan majlis konvokesyen yang ke-25. Konvokesyen tersebut telah
berlangsung selama seminggu iaitu bermula dari 3 Oktober hingga 10 Oktober. Konvokesyen itu tidak hanya diadakan sebagai
majlis formal untuk penyerahan segulung ijazah tetapi turut dimeriahkan dengan
pesta konvokesyen juga.
Sepanjang
konvokesyen tersebut, seperti kebiasaannya, telah diadakan pesta konvokesyen.
Pada hari pembukaan pesta konvokesyen tersebut iaitu 3 Oktober, kebanyakan
pelajar-pelajar baru semester satu dan dua diwajibkan untuk menyertai acara
pembukaan konvokesyen di Pusat Sukan UUM. Pada malam tersebut, persembahan dari Faizal
Tahir telah membuatkan ramai jadi
teruja.
Walaubagaimanapun,
keadaan di pesta konvokesyen malam tersebut amat menyedihkan dan
mendukacitakan. Sampah-sarap yang bertaburan di sekitar tapak konvokesyen serta
di padang pusat sukan dapat dilihat dengan jelas. Keadaan semasa penyanyi Faizal
Tahir membuat persembahan juga dapat dilihat apabila para pelajar
terkinja-kinja dan keadaan tersebut agak memalukan. Keadaan lain yang dapat
dilihat adalah program-program yang lebih kepada ilmiah dan pembentukan sahsiah
kurang diadakan. Seharusnya di peringkat universiti sebegini, program begini
harus diadakan semasa pesta tersebut.
Oleh
itu, saya berharap para pelajar di universiti harus didedahkan kepada program
yang dapat membina sahsiah dan intelektual mereka seperti di pesta konvokesyen
ini. Ini kerana mahasiswa adalah generasi masa hadapan negara.
(217
patah perkataan)